comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 50 tan bantuan kemanusian dihantar ke Palestin Jumaat ini

 

SEPANG: Kira-kira 50 tan barangan bantuan kemanusiaan bernilai RM7 juta yang disumbangkan pelbagai pihak menerusi Ops Ihsan akan dihantar ke Palestin selewat-lewatnya Jumaat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Mohd Na’im berkata antara barangan bantuan yang akan dihantar melalui Mesir untuk ke Palestin ialah ubat-ubatan, barangan keperluan bayi, selimut dan makanan.

Beliau berkata bantuan kemanusiaan itu diselaraskan oleh beberapa badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Global Peace Misson (GPM) Malaysia, yang kini sedang menunggu kebenaran kerajaan Mesir untuk menghantar sumbangan tersebut melalui pintu sempadan Rafah di Mesir.

FOTO: Reuters

“Insya-Allah, apabila sampai di pintu sempadan Rafah, ia akan diselaraskan oleh NGO yang ada di sana untuk pastikan bantuan ini sampai kepada saudara-saudara kita di Palestin,” katanya kepada media selepas melawat pusat pengumpulan barangan bantuan kemanusiaan Palestin di gudang MAPIM di sini hari ini.

Pada sesi lawatan tersebut, Mohd Na’im turut menyerahkan sumbangan RM100,000 daripada Lembaga Tabung Haji kepada MAPIM bagi pembelian bekalan perubatan untuk rakyat Palestin.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas iaitu pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Oktober mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa.

FOTO:  Arafat Barbakh/Reuters

Dalam pada itu, Mohd Na’im turut mengingatkan rakyat negara ini agar tidak mengambil kesempatan atas konflik pertempuran tersebut untuk menjalankan kutipan sumbangan.

“Saya beri peringatan ini sebab Allah SWT telah larang, jangan ambil harta orang lain secara batil (palsu). Jangan manipulasi kesusahan orang lain dan ambil peluang untuk buat apa-apa kutipan amal, tetapi guna dana untuk diri sendiri,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini