comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir di Terengganu: 516 mangsa ditempatkan di 10 PPS

KUALA TERENGGANU: Kemaman menjadi daerah terbaru dilanda banjir manakala Dungun kembali membuka Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Terengganu.

Setakat jam 2 petang, seramai 516 mangsa membabitkan 129 keluarga ditempatkan di 10 PPS di enam daerah.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, satu PPS dibuka menempatkan 13 mangsa daripada empat keluarga di PPS dewan orang ramai Kampung Labohan, Kemaman.

Di daerah Dungun, dua PPS dibuka semula bagi menempatkan 61 mangsa membabitkan 12 keluarga di SK Tok Kah seramai 30 orang, enam dari enam keluarga manakala 31 orang daripada enam keluarga berlindung di Balai Raya Kampung Pelandang.

Jumlah mangsa di Kuala Terengganu masih kekal daerah teramai dengan 264 mangsa membabitkan 71 keluarga berada di dua PPS.

PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol menempatkan 226 mangsa daripada 61 keluarga manakala di SK Gong Tok Nasek masih kekal seramai 38 mangsa membabitkan 10 keluarga.

Di Kuala Nerus, jumlah mangsa semakin turun apabila hanya satu PPS saja dibuka bagi menempatkan 34 mangsa membabitkan enam keluarga ditempatkan di Dewan Sivik Batu Rakit.

Di daerah Marang, kekal seramai 113 orang daripada 30 keluarga yang menjadi mangsa banjir di tiga PPS.

Di PPS SK Rusila menempatkan 44 mangsa daripada 12 keluarga manakala di SK Rawai terdapat 27 mangsa tujuh keluarga dan di SMK Merchang seramai 42 mangsa membabitkan 11 keluarga.

Daerah Besut kekal satu PPS dibuka iaitu di SK Kuala Besut untuk menempatkan 31 mangsa daripada enam keluarga.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk sehingga esok di seluruh Terengganu.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini