comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Ayuh sertai ‘Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin’ di Bukit Jalil malam esok-PM

 

 

KUALA LUMPUR: Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seluruh Malaysia akan menganjurkan `Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin’ di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, malam esok.

Ia dijangka turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan menyampaikan amanat khas sebaik sahaja pulang dari Timur Tengah.

Program yang akan dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah itu bakal diteruskan dengan ucapan wakil-wakil NGO sebelum ditutup oleh amanat Perdana Menteri.

Pengerusi Serantau Muslim yang juga seorang daripada sekretariat program, Hakim Mohd Nor berkata himpunan bertujuan menunjukkan kesatuan Malaysia terhadap rakyat Palestin yang sedang dizalimi Israel.

Katanya, himpunan ini mensasarkan tiga objektif utama iaitu untuk menghentikan peperangan di Palestin, selain menghentikan tindakan membunuh kanak kanak, wanita dan orang tidak berupaya di Palestin serta menunjukan kesatuan suara umat Islam di seluruh dunia

“Himpunan yang bertemakan pakaian putih ini dijangka dihadiri lebih 20,000 orang,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Global Peace Mission dan juga seorang daripada sekretariat program, Ahmad Fahmi Samsudin berkata, himpunan seperti ini akan diteruskan di negeri-negeri lain.

Kataya, Siri Jelajah 1,000,000 Pembela Palestin akan dimulakan di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 29 Oktober ini.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini