comscore
Tumpuan :
Nasional

Belanjawan 2024: Tumpu angkat darjat ekonomi negara, hidup rakyat

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2024 meletakkan tekad dan kesungguhan Kerajaan Perpaduan mengangkat darjat harakat ekonomi negara dan rakyat.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Belanjawan MADANI sebagai kesinambungan dasar yang menelusuri Kerangka Ekonomi MADANI.

“Belanjawan ini memberi fokus kepada tiga tumpuan utama iaitu tatakelola terbaik demi ketangkasan perkhidmatan, penstrukturan semula ekonomi bagi melonjak pertumbuhan, dan peningkatan darjat hidup rakyat,” katanya di Dewan Rakyat.

Belanjawan ini adalah bajet kedua dibentangkan di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar, yang juga Menteri Kewangan.

Belanjawan 2024 merangkumi RM303.8 bilion untuk perbelanjaan mengurus, RM90 bilion untuk pembangunan dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini