comscore
Tumpuan :
Nasional

Belanjawan 2024: Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah ditingkatkan RM10 bilion

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meningkatkan peruntukan bantuan tunai melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada RM10 bilion pada tahun depan, berbanding RM8 bilion kini.

Peningkatan STR itu dijangka boleh dilaksanakan hasil penjimatan subsidi yang sebahagiannya akan disalurkan terus untuk meningkatkan peruntukan.

”Bantuan STR dijangka dapat dimanfaatkan kepada sembilan juta rakyat yang layak di seluruh negara,” jelas Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.

Belanjawan 2024 meletakkan tekad dan kesungguhan Kerajaan Perpaduan mengangkat darjat harakat ekonomi negara dan rakyat.

Menurut Anwar, Belanjawan MADANI sebagai kesinambungan dasar yang menelusuri Kerangka Ekonomi MADANI.

“Belanjawan ini memberi fokus kepada tiga tumpuan utama iaitu tatakelola terbaik demi ketangkasan perkhidmatan, penstrukturan semula ekonomi bagi melonjak pertumbuhan, dan peningkatan darjat hidup rakyat,” ujar beliau.

Belanjawan 2024 berjumlah RM393.8 bilion merangkumi RM303.8 bilion untuk perbelanjaan mengurus, RM90 bilion untuk pembangunan dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini