comscore
Tumpuan :
Nasional

Cara Malaysia semarakkan sambutan Hari Kebangsaaan 2023

PETALING JAYA: Pelbagai cara dan gaya oleh rakyat Malaysia bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan 2023.

Berikut antara pendekatan kreatif yang menzahirkan rasa cinta kepada negara, pada tahun ini.

 


 

KUALA LUMPUR: Ribuan orang ramai hadir memeriahkan suasana Ambang Merdeka 2023 anjuran DBKL di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Foto: NSTP
Foto : NSTP

 


 

KUALA LUMPUR: Jenny Lee 68, dari Cheras hadir dengan kostum khas memeriahkan suasana Ambang Merdeka 2023 anjuran DBKL di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Foto: NSTP

 

TANGKAK: Persekitaran kediaman penduduk di Kampung Parit Kassan, Sagil dilimpahi lampu neon dan Jalur Gemilang sempena Bulan Kemerdekaan ke-66.

Foto: NSTP
Foto: NSTP

 


 

KOTA BHARU : Menghias beca peninggalan arwah datuk dengan jalur gemilang zahir semangat patriotik.

KOTA BAHRU: Mohd Firdaus Mohd Zaidi menghias beca peninggalan arwah datuknya dengan Jalur Gemilang bagi menzahirkan rasa cinta kepada negara sempena Sambutan Kemerdekaan Kali Ke-66. – Foto: NSTP

 


 

JOHOR:  Semangat kejiranan memupuk perpaduan sesama penghuni seiring dengan tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini iaitu  ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’

JOHOR: Penghuni PPR Taman Cendana, Pasir Gudang memeriahkan sambutan sempena Hari Kemerdekaan ke-66.- Foto: NSTP
Foto: NSTP

 


 

KUALA TERENGGANU: Semangat kemerdekaan dan cintakan negara mendorong seorang suri rumah  menjadikan kereta miliknya ‘diconteng’ dengan tema sambutan Hari Kebangsaan 2023.

KUALA TERENGGANU: Mohd Rozamil Mohd Yatim, 38 (kanan) ditemani isterinya, Tuan Rohaya Tuan Ali, 39 menggunakan teknik dakwat dan airbrush melukis tema Sambutan Hari Kebangsaan 2023 pada sebuah kereta di Kampung Raja Baran Chendering, Kuala Terengganu. -Foto: NSTP

Artikel penuh: Sanggup ‘conteng’ kereta dengan tema kemerdekaan

 


 

GUA MUSANG: Masyarakat Orang Asli di Kampung Aring 5, Pos Lebir, di sini diajak mengebarkan Jalur Gemilang tanda cinta akan negara, sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66 tahun ini.

GUA MUSANG: Penghulu Kampung,Raina bersama anak-anak Orang Asli suku kaum Bateq mengibarkan jalur gemilang di Kampung Aring 5, di sini. Foto: NSTP
GUA MUSANG: Romario mengajar anak-anak Orang Asli maksud di sebalik warna bendera di Prokhas Aring 5, Kampung Aring 5, di sini. – Foto: NSTP

 


 

KUALA LUMPUR: Seorang guru sejarah menunjukkan semangat patriotik yang membara dengan sanggup pusing Kuala Lumpur demi mengedarkan 1,000 Jalur Gemilang.

KUALA LUMPUR: Sesuai dengan profesionnya maka tak peliklah cikgu sejarah, Muhammad Firdaus Kamaruzaman mempunyai semangat patriotik yang membara. Foto: Buletin TV3

Artikel penuh: Semangat cikgu Fir raikan kemerdekaan

 


 

PASIR MAS: Rumah dihiasi dengan lebih 500 Jalur Gemilang.

Haizatul Imran Abd Rahman, 41, juga menghasilkan bunga raya menggunakan bendera menarik perhatian penduduk lain.

PASIR MAS: Haizatul Imran Abd Rahman, 41, melayan penduduk yang berhenti melihat hasil tanganya menghias halaman rumah dengan Jalur Gemilang di Kampung Gaung Lati, di sini. – Foto: NSTP
PASIR MAS: Haizatul Imran Abd Rahman, 41, memegang bendera Malaysia di hadapan halam rumahnya yang dihiasi lebih 500 Jalur Gemilang di Kampung Gaung Lati, di sini. – Foto: NSTP

 


 

ISKANDAR PUTERI: Replika Jalur Gemilang bersaiz 23 meter panjang dan 8.5 meter lebar dicipta murid Tadika Mega Genius menggunakan dulang telur sempena Hari Kebangsaan ke-66 berjaya menempa nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

ISKANDAR PUTERI: Murid Tadika Mega Genius berjaya mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR) dengan mencipta Jalur Gemilang terpanjang menggunakan dulang telur. – Foto: NSTP

Artikel penuh: Murid Tadika cipta rekod reka Jalur Gemilang terpanjang guna dulang telur

 


 

KOTA BHARU: Sebanyak 21 buah bot penduduk setempat menyertai perarakan bot berhias, bagi menyemarakkan semangat Hari Kebangsaan 2023 sempena Program Semarak Gemilang Malaysia Madani 2023 Peringkat Negeri di Sungai Pengkalan Datu.

KOTA BHARU: Antara bot yang menyertai perarakan bot berhias. –  Foto: NSTP
Foto: NSTP

 


 

KUALA NERUS: Ragam perajurit cilik sambut Hari Kebangsaan mencuit hati.

KUALA NERUS: Gelagat kanak-kanak Tadika Yayasan Islam Terengganu (YIK) Seberang Takir berpakaian celoreng tentera berarak sambil mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66 pantas mencuit hati. – Foto: Buletin TV3

Artikel penuh: Ragam perajurit cilik sambut Hari Kebangsaan

 


 

PONTIAN: Halaman rumah Wak Amin ‘bermandi’ Jalur Gemilang, apabila 2,500 helai bendera itu dipasang dengan kos RM4,500.

PONTIAN: Kibaran Jalur Gemilang di rumah Sahmi Samuri, 60, lebih dikenali ‘Wak Amin’ di Kampung Tenggayun di sini, menarik perhatian orang ramai termasuk pengguna jalan ke Pontian atau ke Johor Bahru. Foto :NSTP
Dari kiri, Wak Jemah dan Wak Amin di rumah kediamannya di Kampung Tenggayun, Pontian. Foto: NSTP
Pelbagai barangan lama turut dipamerkan. – Foto: NSTP

 


 

Loading...
Terkini