comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Dua keluarga dipindahkan akibat banjir kilat

 

JOHOR BAHRU: Dua keluarga dipindahkan selepas rumah mereka terjejas akibat banjir kilat yang berlaku di Jalan Damai 8, Kampung Sentosa Damai di sini, jam 7.15 petang semalam.

Seramai 10 mangsa masing-masing empat lelaki dan wanita dewasa, seorang warga emas wanita berstatus orang kurang upaya (OKU) dan seorang kanak-kanak lelaki.

FOTO: Ihsan Bomba

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Ramli A Hamid memaklumkan seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang dikejarkan ke lokasi kejadian untuk memberikan bantuan sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar berlaku banjir kilat setinggi 0.91 meter di sekitar kawasan kampung berkenaan.

“Terdapat sepuluh mangsa yang diselamatkan di lokasi termasuk seorang warga emas wanita yang juga OKU.

“Tindakan operasi memindahkan semua mangsa ke tempat pemindahan sementara iaitu Surau Al-muzakkir Kampung Sentosa menggunakan satu bot jenis fiber milik penduduk kampung,” katanya menerusi kenyataan media.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini