comscore
Tumpuan :
Nasional

{KEMAS KINI} [VIDEO] Dua maut, enam cedera nahas 10 kenderaan 

 

 

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Dua terbunuh dalam kemalangan membabitkan 10 kenderaan termasuk empat motosikal, sebuah daripadanya motosikal polis pengiring di KM  5.7 jalan persiaran Utara menghala ke Puchong berhampiran susur keluar persiaran Timur, di sini, hari ini.

Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Berdasarkan rakaman video, nahas dipercayai berlaku apabila sebuah lori treler yang  mengubah laluan dari lorong tengah ke kiri lalu merempuh beberapa kenderaan yang sedang berhenti.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Nahas maut babit 10 kenderaan, pemandu lori ditahan  

Kejadian turut menyebabkan enam mangsa lagi cedera dan sedang dirawat di Hospital Putrajaya.

@buletintv3

Dua terbunuh dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan termasuk dua motosikal di Persiaran Utara menghala ke Presint 12, Putrajaya. Kemalangan membabitkan dua lori, dua kereta dan dua motosikal BuletinTV3 BeritaDiTiktok Putrajaya kemalangan

♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo

Menurut polis, dua penunggang motosikal termasuk anggota polis pengiring sempat menyelamatkan diri.

Terdahulu,  Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat  (JBPM) Putrajaya memberitahu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Presint 7 dan Presint 14 bersama sebuah Light Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan jam 10.24 pagi tadi.

“Seramai sembilan mangsa terlibat dan dua (daripadanya) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh (pegawai perubatan) Kementerian Kesihatan (KKM),” menurut kenyataan JBPM, hari ini.

Pemandu lori akan ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 41 (1) APJ 1987.

 

Loading...
Terkini