comscore
Tumpuan :
Nasional

‘Farah Cie dalam keadaan selamat’

Suspek kes tembak di KLIA Terminal 1 ketika dibawa ke Mahkamah Majistret 3 Kota Bharu, semalam, bagi prosiding permohonan reman. FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Isteri kepada suspek utama kes tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 14 April lalu, Farah Md Isa tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan.

Wakil kepada wanita yang dikenali Farah Cie itu berkata, sebarang perkembangan perlu dirujuk berdasarkan kenyataan rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bagaimanapun, beliau berkata, Farah kini berada dalam keadaan selamat.

“Terima kasih atas keprihatinan isu terkini mengenai Hajah Farah.

“Terima kasih juga atas doa dan sokongan. Hajah Farah dalam keadaan selamat, doakan,” katanya kepada Harian Metro menerusi WhatsApp.

Sementara itu, Farah mengesahkan akaun Facebook menggunakan nama Farah Cie Al Haramain adalah palsu.

Media terdahulu melaporkan, polis berjaya menahan suspek utama, Hafizul Harawi di Jalan Bayam, Kota Bharu, kelmarin.

Hafizul, 38, disyaki mahu melarikan diri ke Makkah melalui Thailand berdasarkan rampasan yang dibuat polis membabitkan sejumlah wang tunai dalam mata wang asing Riyal dan Baht.

Polis turut merampas pistol jenis Glock 19 Austria bersama 33 biji peluru hidup, mercun bola, enam telefon bimbit, pasport, serta empat keping kad pengenalan milik orang lain.

Susulan itu, suspek direman tujuh hari bermula semalam hingga Isnin ini untuk siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Suspek kemudian dibawa menaiki pesawat King Air B300 milik PDRM dari Kota Bharu, Kelantan ke Pangkalan Pasukan Gerakan Udara (PGU), Subang, dan tiba pada 2.15 petang.

Selepas itu, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Shah Alam untuk siasatan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini