comscore
Tumpuan :
Nasional

Kes tembak di KLIA, pembedahan usus ke atas pengawal peribadi selesai, perlu pemantauan rapi

 

Oleh: Fatin Hanani Sahimi

CYBERJAYA: Pengawal peribadi, Muhammad Nur Hadith Zaini yang cedera terkena tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA Terminal 1, 14 April lalu, selesai menjalani pembedahan jam, 4.30 petang tadi.

Muhammad Nur Hadith dimaklumkan dalam keadaan stabil ketika ini.

Isterinya Siti Noraida Hassan ketika dihubungi BuletinTV3 memaklumkan, susulan pembedahan di bahagian usus, mangsa perlu menjalani pemantauan selama lima hingga enam hari

Muhammmad Nur Hadith mula menjalani pembedahan jam 11.30 pagi tadi di Hospital Cyberjaya.

Mengulas mengenai keadaan mangsa, jelasnya buah pinggang suaminya juga berkemungkinan perlu dijalankan rawatan dialisis buat sementara waktu.

Dalam pada itu, terdapat juga sedikti kecederaan pada bahagian limpa mangsa dan berharap semua mendoakan kesembuhan buat suaminya.

Dalam insiden kira-kira jam 1.20 pagi kelmarin, suspek didakwa melepaskan tembakan ke arah isterinya yang dipercayai sedang menunggu kepulangan jemaah umrah di tempat kejadian.

Bagaimanapun, tembakan itu terkena pengawal peribadi terbabit menyebabkan mangsa cedera di bahagian perut dan perlu menjalani pembedahan usus kecilnya.

Semalam Noraida memaklumkan hari ini merupakan pembedahan kali kedua yang dilakukan sejak insiden berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini