comscore
Tumpuan :
Nasional

Gempa bumi di Jawa; Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

FOTO: X METMALAYSIA

PETALING JAYA: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 yang dikesan di Kepulauan Jawa, Indonesia pada jam 12.29 tengah malam tadi, tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pusat gempa itu terletak di 8.2 darjah selatan dan 107.2 darjah timur iaitu 147 kilometer (km) selatan dari Sukabumi, dengan kedalaman 70km.

“Penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini