comscore
Tumpuan :
Nasional

Guru kaunseling direman kes amang seksual fizikal murid

Foto hiasan

SEREMBAN : Seorang guru kaunseling sebuah sekolah rendah di daerah ini direman bagi membantu siasatan kes amang seksual fizikal terhadap murid lelakinya.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe mengesahkan pihaknya menerima laporan kes berkenaan dan suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Difahamkan, guru lelaki berusia 43 tahun itu direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017.​​​​​​​

Terdahulu, perkara itu dikatakan terbongkar susulan penemuan beberapa video lucah dipercayai dirakam suspek ketika melakukan perbuatan menjijikkan itu terhadap muridnya.

Sumber berkata, lebih mengejutkan, turut ditemukan di dalam video berkenaan adalah perbuatan terkutuk terhadapnya anak lelakinya sendiri yang dipercayai berlaku di rumah mereka.

“Guru besar sekolah terbabit membuat laporan polis pada 5 Disember lalu berhubung penemuan beberapa kandungan video lucah salah laku gangguan seksual yang dilakukan suspek terhadap murid.

“Difahamkan, turut dijumpai video yang memaparkan video perbuatan salah laku seksual guru terbabit terhadap anak lelakinya sendiri,” menurut sumber, hari ini.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini