comscore
Tumpuan :
Nasional

Hampir 800,000 telah mendaftar dengan PADU setakat semalam

KUALA LUMPUR: Seramai 798,528 individu telah berjaya mendaftar dengan sistem Pangkalan Data Utama, PADU setakat semalam.

Jabatan Perangkaan Malaysia, DOSM menerusi hantaran di X hari ini menyatakan Selangor, Johor dan Sarawak menjadi negeri paling ramai setakat ini yang mendaftar dengan PADU.

Menurut statistik dikongsikan dalam infografik DOSM, seramai 182,943  individu telah mendaftar dengan PADU di Selangor, diikuti Johor, 85,975 dan Sarawak, 72,775.

Pendaftaran PADU dibuka kepada orang ramai bermula 2 Januari lalu hingga 31 Mac ini dengan pengguna boleh mengemas kini dan mengesahkan butiran peribadi termasuk nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat kediaman.

Ia bertujuan meningkatkan kecekapan perancangan dasar dan pengagihan sumber, terutama pengagihan subsidi dan bantuan kerajaan yang lebih bersasar kepada rakyat yang benar-benar layak.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini