comscore
Tumpuan :
Nasional

Insiden helikopter terhempas: APMM masih cari kotak hitam

KLANG: Pencarian kotak hitam helikopter jenis AW 139 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang terhempas berhampiran Pulau Angsa, di sini, 5 Mac lalu masih dijalankan.

Ketua Pengarah Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata, siasatan lanjut juga masih diteruskan bagi mengenal pasti punca insiden itu, namun semua anak kapal dan juruterbang pesawat itu sudah kembali bertugas.

“Memang kita cari kotak hitam itu. Apabila kita ready, kita akan dedah laporan (kemalangan itu),” katanya pada sidang akhbar pelancaran Op Pagar Laut di atas Kapal Maritim (KM) Bagan Datuk, di sini hari ini.

Helikopter berkenaan dilaporkan terhempas di perairan Pulau Angsa, di sini pada jam 9.55 pagi, 5 Mac ketika melakukan latihan menyelamat.

Maklumat awal diterima menerusi panggilan Mers 999 oleh pemancing yang berada di sekitar lokasi kejadian.

Pesawat berkenaan kemudian berjaya dibawa naik pada 12.16 tengah malam, 6 Mac.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini