comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Jerebu: 16 kawasan IPU tidak sihat 

KUALA LUMPUR: Jumlah kawasan yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat meningkat kepada 16, membabitkan sembilan negeri, setakat jam 9 pagi ini.

 

Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (Apims), kualiti udara paling buruk di Cheras yang merekodkan IPU tertinggi 164, diikuti Nilai dan Seremban di Negeri Sembilan yang masing-masing mencatat bacaan pada tahap 163 dan 158.

 

Bacaan IPU kategori tidak sihat juga dilaporkan di Putrajaya (156); Petaling Jaya, Shah Alam dan Banting di Selangor (157); Port Dickson di Negeri Sembilan (156); selain tiga kawasan merekodkan bacaan pada tahap 153 iaitu Bukit Rambai di Melaka; Batu Muda, Kuala Lumpur dan Johan Setia di Selangor.

Klang, Selangor (152); Alor Gajah, Melaka (138); Taiping, Perak (137); Seberang Jaya, Pulau Pinang (107) dan Tangkak, Johor (104) turut mencatat IPU melebihi 100.

Sebanyak 45 lagi stesen Apims di seluruh negara mencatat bacaan IPU sederhana, manakala tujuh stesen merekodkan bacaan baik.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini