comscore
Tumpuan :
Nasional

Kereta disyaki bawa muatan petrol terbakar

Kereta jenis Proton Persona terbakar 90 peratus selepas disyaki terbabas selain membawa muatan petrol dalam kejadian di Jalan Tanah Merah-Jeli, di sini, jam  11.36 pagi tadi. – FOTO: Ihsan BBP Kemahang

TANAH MERAH: Sebuah kereta Proton Persona dipercayai membawa muatan minyak petrol hangus selepas terbabas di Jalan Tanah Merah-Jeli di sini, jam 11.36 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kemahang, Disagar Mani Mustafa berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam dan terus bergegas ke lokasi kejadian.

Seramai enam pegawai dan anggota membantu memadamkan kebakaran itu selain turut meminta bantuan bekalan air daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah.

“Kebakaran agak sukar untuk dipadamkan dan mengambil sedikit masa selepas disyaki terdapat muatan petrol di dalam kenderaan terbabit.”

“Anggota juga terpaksa menggunakan pemadam buih untuk menghalang api daripada terus marak,” katanya.

Anggota bomba membantu memadamkan kebakaran sebuah kereta Proton Persona dalam kejadian di Jalan Tanah Merah-Jeli, di sini, jam 11.36 pagi tadi. – FOTO: Ihsan BBP Kemahang.

Punca kebakaran masih disiasat Pasukan Forensik Bomba.

Disagar berkata tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan pihaknya difahamkan bahawa pemandu kenderaan berkenaan turut melarikan diri meninggalkan kereta yang terbakar.

“Pihak kami mendapati tong berisi minyak petrol dimuatkan bukan sahaja di dalam kereta tetapi juga bahagian bonet belakang,” jelasnya.

Beliau menasihatkan orang awam agar tidak membawa bahan mudah terbakar di dalam kenderaan bagi mengelak insiden yang tidak diingini yang seterusnya boleh meragut nyawa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini