comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kes bunuh Zayn Rayyan: 4 beg sampel forensik dari kediaman mangsa

 

PETALING JAYA: Sebanyak empat beg kertas dibawa keluar pasukan forensik selepas pemeriksaan di kediaman keluarga kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, hari ini.

Terdahulu beberapa anggota pasukan forensik difahamkan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor datang ke kediaman Zayn di Apartment Idaman, Damansara Damai pada 4.15 petang dengan membawa kotak.

Ibu bapa Zayn Rayyan, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf, 28, turut kelihatan tiba di apartment terbabit dengan menaiki kereta.

Mereka kemudian naik ke kediaman keluarga terbabit di mana pasukan forensik mengambil masa kira-kira 45 minit sebelum dilihat turun.

Turut kelihatan empat beg kertas berwarna coklat dipercayai sampel dari kediaman Zayn dibawa pasukan forensik selepas selesai membuat pemeriksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan pihaknya mengambil sampel dari kediaman Zayn bagi membantu siasatan.

Kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

Mayat Zayn Rayyan ditemui di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, kira-kira jam 10 malam Rabu lalu.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini