comscore
Tumpuan :
Nasional

Kes bunuh Zayn Rayyan: Laporan bedah siasat mangsa tidak boleh didedahkan kepada umum – Polis

PETALING JAYA: Laporan bedah siasat kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, tidak boleh didedahkan kepada umum kerana dikhuatiri akan mengganggu siasatan dan setiap maklumat yang diperolehi pihak polis perlu dijaga kerahsiaannya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid berkata, apabila pihaknya mendapat maklumat, sudah pasti Ketua Polis Selangor akan maklumkan.

Beliau juga mengingatkan, siasatan akan dilakukan terhadap mana-mana individu yang memberi laporan tidak tepat sehingga mengaibkan keluarga mangsa.

“Polis juga akan buka laporan sekiranya ada komen-komen daripada orang awam yang palsu dan boleh mengganggu ketenteraman awam.

“Tindakan tegas juga diambil kepada mereka yang menyebarkan maklumat sehingga mencemar maruah keluarga mangsa. Kita (polis) memandang serius perkara ini,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini