comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis selesai periksa tiga blok kediaman

PETALING JAYA: Polis selesai memeriksa tiga blok kediaman di Apartment Idaman, Damansara Damai, di sini, bagi membantu siasatan kes bunuh Zayn Rayyan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid berkata, tiga blok perumahan yang sudah diperiksa itu membabitkan 540 unit daripada 18 blok yang menempatkan 2,484 unit rumah.

“Siasatan juga masih dijalankan dengan memeriksa saliran air berdekatan Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, yang menjadi lokasi penemuan mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Jelas beliau, siasatan masih berjalan membabitkan pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak autistik itu.

Mayat Zayn Rayyan ditemui di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, kira-kira jam 10 malam Rabu lalu.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini