comscore
Tumpuan :
Nasional

Kes bunuh Zayn Rayyan: Siasatan turut tumpu kawasan perumahan

PETALING JAYA : Siasatan kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin turut  membabitkan keseluruhan kawasan perumahannya di Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kawasan perumahan itu mempunyai 18 blok apartmen terdiri daripada 2,484 kediaman dan kedai dengan keluasan kawasan kira-kira lapan hektar.

ZAYN RAYYAN

Menurutnya, polis masih giat meneruskan usaha mengumpul bukti di sekitar kawasan mayat  mansa ditemukan bagi menjejak pembunuh kanak-kanak itu.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kematian Zayn Rayyan, 6, diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan mangsa.

ZAYN RAYYAN

Mayatnya ditemukan di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, kira-kira jam 10 malam, Rabu lalu.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini