comscore
Tumpuan :
Nasional

KKM dijangka beri maklum balas syor Laporan Pengurusan Wabak Covid-19 bulan depan

Oleh : Khairul Rizuan Azizan & Fatin Hanani Sahimi

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) dijangka memberi maklum balas berhubung syor yang diberikan bagi Laporan Pengurusan Wabak COVID-19 pada bulan hadapan, termasuk berkaitan isu ventilator.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Mas Ermieyati Samsudin, pihaknya sudah menghantar surat untuk meminta KKM menjawab syor berkenaan.

“Dalam Disember Insya-Allah, kita akan dapat maklum balas daripada KKM pada Disember.

“Setakat ini, tidak ada, hanya susulan daripada syor dan rumusan, jadi mereka perlu memberi maklum balas kepada kita. Itu saja,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya bila KKM dijangka menjawab syor PAC susulan Laporan PAC berhubung Pengurusan Wabak Covid-19, Vaksin Luput Tempoh Hayat, Peralatan Ventilator Tidak Dapat Digunakan dan Lebihan Peralatan Perlindungan Diri PPE dibawah KKM yang dibentangkan di Parlimen pada 30 Oktober lalu, selain sama ada terdapat mana-mana pihak lagi akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Sebelum ini, Mas Ermieyatie berkata, PAC memberi masa dua bulan untuk KKM menjawab lima syor yang diberi dalam laporan berkenaan, bagi membolehkan pihaknya membentangkan laporan kedua berhubung maklum balas itu.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini