comscore
Tumpuan :
Nasional

Letusan Gunung Ruang: AirAsia batalkan 21 penerbangan

AirAsia membatalkan 21 penerbangan ke dan dari Kuching, Sibu dan Bintulu susulan letusan terbaharu Gunung Ruang di Indonesia.- Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: AirAsia hari ini membatalkan 21 penerbangan ke dan dari Kuching, Sibu dan Bintulu susulan letusan terbaharu Gunung Ruang di Indonesia.

AirAsia dalam satu kenyataan berkata penerbangan yang terjejas adalah AK5202, AK5203, AK5876, AK5877, AK5204, AK5246, AK5247, AK5205, AK5232, AK6190, AK6191, AK6056, AK6057, AK5414, AK1775, AK1776, AK6351, AK6340, AK6341, AK6463 dan AK6181.

Menurut syarikat penerbangan itu, semua penumpang terjejas telah dimaklumkan mengenai perkembangan itu dan mereka turut ditawarkan bantuan bagi membuat pengaturan perjalanan alternatif.

Tambahnya, mereka yang terjejas ditawarkan pertukaran penerbangan percuma dan dibenarkan membuat satu kali perubahan untuk tarikh penerbangan baharu dalam tempoh 30 hari dari tarikh berlepas asal bagi laluan sama.

Sebarang pertukaran adalah berdasarkan kekosongan tempat duduk serta akaun kredit masing-masing dan tanpa sebarang kos tambahan.

Penumpang yang memilih menggunakan akaun kredit dibenarkan mendapat semula harga semasa melakukan tempahan penerbangan di akaun ahli AirAsia Reward bagi penerbangan akan datang yang boleh ditebus dalam tempoh 730 hari dari tarikh tiket asal itu dilakukan.

Semua penumpang ke dan dari kawasan terjejas dinasihatkan supaya menyemak email dan telefon bimbit masing-masing bagi sebarang notifikasi pembatalan.

Menurut kenyataan itu, semua penumpang AirAsia ke dan dari kawasan terlibat turut dinasihatkan menyemak status penerbangan terkini mereka di airasia.com/flightstatus.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini