comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pengasas KK Mart, isteri mengaku tidak bersalah, lukakan perasaan agama lain

 

Oleh: Ridhwan Rusydi Azri Roslan 

SHAH ALAM: Pengasas dan juga Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart dan isterinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas pertuduhan sengaja melukakan perasaan agama orang lain dengan menjual stoking tertera kalimah Allah.

Datuk Seri Dr Chai Kee Kan dan Loh Siew Mui membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Muhamad Anas Mahadzir.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan diketuai Masri Mohd Daud.

Peguam Rajpal Singh yang mewakili Chai memohon anak guamnya diikat jamin dan mencadangkan jaminan RM5000.

Dalam pada itu, syarikat pembekal stoking, Xin Jian Chang Sdn Bhd turut didakwa atas tuduhan bersubahat melukakan perasaan agama orang Islam.

Pengarah syarikat itu yang juga tiga beranak iaitu Soh Chin Huat, 61 tahun; isterinya, Goh Li Huay, 62 tahun dan anak mereka Soh Hui San 36 tahun turut mengaku tidak bersalah.

Pendakwaan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan (KK) yang dibaca bersama Seksyen 298 KK yang membawa hukuman penjara hingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya memohon jaminan RM15,000 bagi setiap individu.

Hakim kemudiannya membenarkan ikat jamin RM10,000 setiap individu.

Sebutan semula kes 29 April ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini