comscore
Tumpuan :
Nasional

PERHILITAN pasang perangkap di lokasi lelaki maut dipercayai dibaham harimau

 

Oleh: Zaid Shah Zulkarnain

GUA MUSANG : Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan, memasang perangkap harimau di lokasi kejadian seorang lelaki warga Indonesia ditemukan maut dipercayai dibaham ‘Pak Belang’.

Mayat Lalu Sukarya Yahya, 42 , yang juga penoreh getah ditemukan dalam keadaan badan  tidak sempurna oleh rakan sekerja mangsa di kawasan Ladang Akar Prestige, Meranto, Gua Musang, semalam.

Pengarah PERHILITAN Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata, kejadian itu berlaku berhampiran kawasan Pos Pasik, lokasi seorang lelaki Orang Asli dibaham harimau belang, Oktober lalu.

 

Katanya, setakat ini, sebanyak empat kes direkodkan PERHILITAN melibatkan kematian dan kecederaan akibat serangan harimau belang di Kelantan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan berwaspada jika terserempak dengan hidupan liar dan tidak melakukan provokasi.

”Aduan dan maklumat berkenaan hidupan liar perlu disalurkan kepada PERHILITAN melalui hotline 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman web www.wildlife.gov.my,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini