comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Permohonan Najib ketepikan injunksi mareva 1MDB bekukan asetnya AS$681 juta ditolak

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk mengetepikan perintah injunksi mareva yang diperoleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak syarikatnya bagi menghalang beliau daripada melupus atau mengurangkan mana-mana asetnya di Malaysia bernilai sehingga AS$681 juta.

Keputusan dibuat Hakim Mahkamah Tinggi, Atan Mustaffa Yussof Ahmad.

Injunksi Mareva adalah perintah sementara yang menghalang mana-mana defendan daripada melupuskan aset sehingga keputusan dicapai dalam kes membabitkan plaintif dan defendan.

Pada 8 Februari tahun lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan ex-parte bagi injunksi mareva oleh 1MDB dan Global Diversified Investment Company Limited (dahulunya dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited) iaitu plaintif pertama dan kelima dalam saman terhadap Najib dan beberapa individu lain.

Injunksi itu turut mengehadkan Najib mengeluarkan wang tidak melebihi RM100,000 sebulan yang diperlukan untuk perbelanjaan sara hidup serta guaman.

Namun, sekiranya jumlah lebih banyak diperlukan, beliau perlu mendapat kebenaran bertulis daripada peguam 1MDB dan Global Diversified.

Perintah itu juga menuntut Najib membuat pendedahan secara bertulis kepada 1MDB dan Global Diversified berhubung asetnya bernilai sehingga US$681 juta sama ada di dalam atau di luar negara, di bawah nama beliau sendiri atau tidak, dan sama ada ia milikan secara tunggal atau bersama dengan defendan lain.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini