comscore
Tumpuan :
Nasional

Rakyat diajak sertai kempen ’11 minit untukmu Palestin’

Oleh: Shuhadah Marzuki

PETALING JAYA: Rakyat negara ini diseru untuk menyertai kempen ’11 minit untukmu Palestin’ pada 11 November ini sebagai solidariti kepada penduduk di bumi Palestin yang berhadapan penderitaan berterusan akibat dizalimi rejim Zionis.

Kempen anjuran Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP), mengajak rakyat meluangkan 11 minit dengan menutup lampu di lokasi mereka berada bermula jam 9 malam hingga 9.11 malam.

Ia sebagai simbolik merasai kesengsaraan dihadapi rakyat Palestin yang terpaksa bergelap akibat tindakan rejim Zionis memotong bekalan elektrik di Gaza.

Sepanjang tempoh bergelap itu, peserta diminta untuk membaca Qunut Nazilah, bertafakur dan berdoa untuk kesejahteraan rakyat Palestin sambil menghayati suasana gelap seakan di Palestin.

Mereka yang menyertai kempen ’11 minit untukmu Palestin’ juga diminta untuk merakam gambar dengan simbolik genggam tangan serta memuat naik di media sosial dengan hashtag #SebarkanKemenangan dan #AkhiriPenjajahan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini