comscore
Tumpuan :
Nasional

Rombakan Kabinet sebelum 2024 – Anwar

FOTO: NSTP

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Rombakan kabinet dijangka diadakan bulan ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata demikian menjawab pertanyaan jemaah kanak-kanak, Akmal Afif Yaseer Arafat, 12, selepas solat Jumaat di Surau Putra Al-Amin, Fasa 4C, Presint 8, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau tiba di surau berkenaan pada jam 12.55 tengah hari bagi menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 2,000 jemaah dan makan tengah hari.

Seusai makan tengah hari, Anwar didatangi sekumpulan jemaah kanak-kanak bagi mendapatkan tandatangan dan bergambar bersama beliau di hadapan surau tersebut.

Ketika menyantuni kumpulan terbabit, beliau sempat bertanyakan kepada Akmal sama ada dia mempunyai soalan kepadanya.

Berikut perbualan Anwar bersama kanak-kanak tersebut.

Akmal: Datuk Seri, bila rombakan Kabinet?

Anwar: Nama apa?

Akmal: Nama saya Akmal Afif.

Anwar: Akmal cadang bila? Sebelum ke selepas 2024?

Akmal: Sebelum 2024.

Anwar: Dia jawab sebelum 2024. Saya setuju.

Sementara itu, Akmal yang ditemui pemberita memberitahu, perasaannya gembira bercampur terharu apabila dapat bersemuka dengan Perdana Menteri.

Akmal Afif dan rakan-rakan menunjukkan not wang kertas dan kertas yang ditandatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana dia hanya menonton Anwar di televisyen selama ini.

“Not wang kertas (RM1 dan RM5) yang ditandatangani Perdana Menteri ini, saya akan simpan dan bingkaikan,” katanya sambil memberitahu dia tidak sabar untuk menceritakan pengalamannya kepada keluarga.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini