comscore
Tumpuan :
Nasional

“Saya juga sedia disiasat” – KPN

Oleh: Fatin Hanani Sahimi

KLANG: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengalukan masyarakat untuk melaporkan berkenaan salah laku pegawai polis termasuk dirinya jika didapati melanggar undang-undang.

Jelasnya, masyarakat juga mempunyai hak mereka sendiri dan perlu diambil peluang.

“Masyarakat juga ada hak dari segi undang undang daripada segi perlembagaannya sekiranya mana-mana pegawai polis termasuk diri saya, sekiranya saya melanggar undang-undang saya tidak mengikut peraturan, laporkan.

“Laporkan supaya kita boleh siasat dan siasatan kita akan adil kita tidak akan ada tuduhan-tuduhan kononnya siasatan ke atas pegawai anggota polis ini kita nak selindungkan hilangkan keterangan tidak,” jelasnya.

Beliau berkata demikian, ketika hadir pada Walkabout di Pasar Pagi Pandamaran, di sini hari ini.

Dalam pada itu, ujarnya langkah memperketatkan syarat pemilihan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga akan dibincang dan diteliti sebaik mungkin.

“Kita akan bincangkan, kalau kita ambil contoh di Amerika dia ambil FBI, sekurangnya 3 tahun diperlukan untuk merekrut individu yang ingin menjadi FBI (yang) langsung tidak disaman.

“Tetapi kita tidak boleh mengikut acuan di sana, acuan di sana berbeza,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini