comscore
Tumpuan :
Nasional

Tulang milik Bella selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Banang Jaya

BATU PAHAT: Enam tulang yang disahkan milik Allahyarham Bella atau Mila Sharmila Samsusah selepas menjalani Ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) di Hospital Sultan Ismail (HSI) selamat dikebumikan tengah hari tadi.

Tulang-tulang berkenaan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Banang Jaya, Jalan Tanjung Laboh, dekat sini.

Menurut kakak Allahyarham, Norhisham Samsusah, tulang berkenaan dikebumi dalam majlis ringkas yang dihadiri beberapa ahli keluarga.

Katanya, keputusan DNA berkenaan dimaklumkan kepada keluarganya semalam oleh pihak polis.

Beliau telah menuntut tulang berkenaan di HSI untuk dikebumikan.

Tulang terbabit ditemukan oleh pemandu jengkaut berhampiran lokasi penemuan rangka Bella yang mati dipercayai dibunuh teman lelakinya pada 11.30 pagi, 28 Februari lalu.

“Alhamdulillah tulang berkenaan selamat dikebumikan dan kami berharap dapat menemui beberapa lagi bahagian tulang yang masih gagal ditemui” katanya.

Bella dilaporkan hilang pada malam 14 Disember tahun lalu, sebelum rangka miliknya yang tidak sempurna ditemukan di rumah sewa terbiar, di Kampung Batu 7, Jalan Tongkang Pechah, dekat sini selepas 36 hari kehilangannya.

Ibu tunggal dua anak itu dipercayai dibunuh teman lelakinya, Mohammad Haikal Mahfuz, 24, yang kini sudah didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini