comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Banjir: Penternak segera pindahkan ternakan, elak rugi besar berulang

Oleh: Fazli Ahmad

KUANTAN: Mengambil ikhtibar ratusan lembu ternakan lemas ketika banjir pada 2021, penternak di Kuantan segera memindahkan haiwan milik mereka ke lokasi lebih selamat.

Tindakan diambil susulan limpahan mendadak air sungai berhampiran, yang menenggelamkan ladang sawit, lokasi penternak mengembala lembu.

Video dirakam wartawan Buletin TV3, Fazli Ahmad ketika melakukan tinjauan lokasi banjir Sungai Lembing.


 

Tinjauan siang tadi mendapati, puluhan lembu terperangkap di tempat tinggi selepas ladang sawit di kampung Pasir Kemudi, Sungai Lembing, dekat Kuantan dinaiki air sejak malam semalam.

Kawasan itu dinaiki air limpahan Sungai Tembeling, Sungai Danau dan Sungai Kuantan.

Menurut penternak, Bakri Salim, disebabkan hujan lebat berterusan, banjir melanda kawasan itu dijangka lebih serius.

“Memang tiap-tiap tahun boleh kata banjir Pasir Kemudi sini lah kalau mengejut memang kena la kalau kita dah prepare awal-awal selamat la” katanya kepada Buletin TV3.

Dalam kejadian 2021, kawasan ini dilanda banjir secara mengejut dan paras air naik mendadak.

Akibatnya ratusan lembu hilang dihanyutkan arus menyebabkan penternak mengalami kerugian besar.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini