BINTULU: Tiga daripada 14 pusat pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak ditutup awal iaitu pada 4 petang.
Menurut Warta Kerajaan Persekutuan bagi notis di bawah Subperaturan 11(5A) Waktu Mengundi bagi PRK DUN Jepak, tiga pusat mengundi itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Annau, SK Sungai Setulan dan Tabika Kemas Kuala Segan.
Baki 11 lagi pusat pengundian akan ditutup pada 5.30 petang.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, peratusan keluar mengundi yang direkod setakat 3 petang ialah sebanyak 45 peratus.
PRK DUN Jepak menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Iskandar Turkee, calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) Chieng Lea Phing. — BERNAMA
| ARTIKEL BERKAITAN
- PRK DUN Jepak: Proses pengundian lancar tanpa sebarang insiden
- PRK DUN Jepak: Iskandar harap keputusan terbaik untuk GPS
- PRK Jepak: Lebih 22,000 pengundi tunai tanggungjawab di 14 Pusat Mengundi hari ini
- PRK DUN Jepak: SPR optimis dapat capai sasaran 65 peratus keluar mengundi
- PRK Jepak: Keputusan dijangka jam 9 malam- SPR
- PRK Jepak: Proses pengundian lancar -SPR