comscore
Tumpuan :
Sukan

[VIDEO] Hangzhou 2022: Skuad Skuasy wanita bangkit menang emas berpasukan

 

HANGZHOU: Skuad skuasy wanita negara menampilkan semangat melawan kental menewaskan juara bertahan Hong Kong 2-1 pada acara final berpasukan sebentar tadi.

Kekalahan Rachel Arnold selaku perseorangan pertama kepada Tong Tze Wing nyata tidak menjejaskan tumpuan skuad negara.

Bagaimanapun Rachel bermula garang menang set pertama 11-7 sebelum lawan menyamakan kedudukan menang 11-7 pada set kedua.

Pasukan atlet skuash negara menyumbang pingat emas ketika pusingan akhir berpasukan wanita menentang Hong Kong pada Sukan Asia 2022 di Pusat Sukan Olimpik Skuash Hangzhou. – FOTO: NSTP

Set ketiga Rachel sekali lagi mendahului menang 11-8.

Namun sekali, lagi Tze Wing bangkit menang 11 -8 pada set keempat dan memastikan mata pertama Hong Kong menamatkan set penentuan 11-6.

S Sivasangari yang tampil selaku perseorangan kedua mengikat kedudukan satu sama selepas mudah menewaskan Ho Tze Lok 11-5, 11-8 dan 11-6.

Pasukan atlet skuash negara menyumbang pingat emas ketika pusingan akhir berpasukan wanita menentang Hong Kong pada Sukan Asia 2022 di Pusat Sukan Olimpik Skuash Hangzhou. – FOTO: NSTP

Aksi penentuan menyaksikan Aifa Azman tampil selaku perseorangan ketiga menentang Chan Sin Yuk.

Menang dua set awal 11-5 dan 11-8, Malaysia cemas seketika apabila Sin Yuk menang set ketiga 13-11.

Pasukan Skuasy wanita meraikan kejayaan meraih pingat emas. – FOTO: NSTP

Begitupun Aifa tetap beraksi tenang menang set keempat 11-8 untuk memastikan kemenangan 2-1 pasukan negara dan emas milik Malaysia.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini