comscore
Tumpuan :
Sukan

[VIDEO] Jalani pemulihan di lokasi rahsia atas faktor keselamatan 


PETALING JAYA: Pemain sayap Selangor FC dan skuad Harimau Malaya, Faisal Halim, sedang menjalani pemantauan rapi selama dua minggu sejak keluar dari hospital Sabtu lalu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC Datuk Seri Shahril Mokhtar memaklumkan lokasi di mana pemain itu berada, dirahsiakan atas faktor keselamatan.

“Kita beri dia satu tempat dan kediaman untuk di recover, dan juga atas dasar keselamatan.

“Kalau dekat rumah nanti nanti orang datang orang apa, dia masih lagi belum pulih kerana bila kita bincang dengan doktor kadang-kadang kita tengok dah 3 minggu dia dalam hospital.

“Mungkin kalau dia keluar dari hospital mungkin keadaan itu lain, ketenangan tu lain jadi satu lagi impak tu lain jadi tu niat kita, kita nampak la ada perubahan positif dekat diri dia.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC Datuk Seri Shahril Mokhtar.

Sabtu lalu Faisal Halim telah dibenarkan keluar dari hospital lebih awal dari jangkaan.

Ia susulan empat sesi pembedahan pemulihan akibat kecederaan simbahan asid 5 Mei lalu yang telah menunjukkan perkembangan positif.

Ia juga atas kemahuan pemain sayap berkenaan, sekalipun kebimbangan risiko jangkitan kuman masih ada.

Justeru pengurusan Selangor FC membuat keputusan, menempatkan Faisal di sebuah lokasi rahsia atas faktor keselamatan, berbanding kediaman pemain berkenaan.

Apa yang paling melegakan adalah, pemulihan Faisal daripada kecederaan serius itu amat luar biasa dan melangkaui jangkaan semua pihak.

Selepas tiga minggu berada di hospital termasuk menjalani proses pengasingan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Pengurusan pasukan terutama pengerusi yang juga Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah meneruskan komitmen bagi pemulihan pemain prolifik berkenaan.

Namun begitu, Faisal tetap perlu berulang alik ke hospital untuk proses rawatan susulan, termasuk urusan cuci luka dan rawatan susulan lain..

Selangor FC turut sedia bekerjasama bersama Institut Sukan Negara(ISN) dan pihak berkepakaran lain dalam proses pemulihan Faisal pada masa yang sesuai kelak.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini