comscore
Tumpuan :
Sukan

LTDL 2023: Peringkat keempat kembali ke laluan landai

Oleh: Al Shaiful Nazib Talib

SEBERANG PRAI: Peringkat keempat perlumbaan Le Tour De Langkawi 2023 kembali ke laluan landai hari ini selepas cabaran pendakian menuju ke Baling, Kedah semalam.

Saingan bermula di Bukit Mertajam menuju ke Bandar Meru Raya di Perak menerusi jarak perlumbaan sejauh 140.2km.

Tiga zon pecut ditawarkan hati ini bermula di Bagan Serai (38.1km), Talang (94.3km) dan Sungai Siput (118km) dan hanya satu zon bukit kategori 3 di Kuala Kangsar (82.6km).

121 pelumba akan memulakan kayuhan hari ini dengan tumpuan lebih terarah kepada pakar-pakar pecut untuk mengutip mata bagi pencabar kedudukan pemegang jersi oren, Arvid De Kleijn dari pasukan Tudor Pro Cycling.

De Kleijn kini mengum 27 mata, jumlah mata sama dipungut pelumba Green Project Bardiani CSF, Enrico Zonancello, diikuti pelumba Astana Qazaqstan, Gleb Syritsa dengan 24 mata.

Tumpuan Malaysia pula terarah kepada pemegang jersi putih terbaik Asia, Muhd Nur Aiman Rosli dalam misi untuk mengekalkan kedudukan itu hari ini.

Turut menjadi perhatian, kelibat pelumba Terengganu Polygon, Muhd Harrif Saleh yang pastinya memasang misi untuk mengulangi kejayaan edisi 2020 apabila muncul pemenang peringkat kelima di penamat sama di Meru Raya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini