comscore
Tumpuan :
Nasional

Adly, PTL tiba di Jabatan Forensik

Oleh: Hilmi Abdul Malik

IPOH: Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari tiba di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh pada 10.55 pagi.

Kehadiran beliau dipercayai bagi melawat waris mangsa yang terlibat dalam nahas dua buah helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pagi semalam.

Terdahulu, kenderaan yang membawa Panglima Tentera Laut (PTL), Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob tiba sekitar jam 10.45 pagi bagi tujuan sama.

Setakat ini, proses bedah siasat masih lagi berlangsung sebelum kesemua jenazah dibawa ke 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Ipoh, untuk istiadat rasmi.

Media dalam masa sama, masih lagi menantikan sekiranya terdapat sebarang sidang media untuk pergerakan kesemua jenazah.

Semalam, negara dikejutkan dengan insiden dua buah helikopter yang terhempas di perkarangan kem TLDM Lumut.

Ketika kejadian, kedua-dua buah helikopter berkenaan masing-masing jenis Helikopter Operasi Maritim (HOM) AW139 dan Fenneck menjalani raptai lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei ini.

Tragedi itu telah meragut 10 orang nyawa dimana kesemuanya merupakan pegawai dan anggota TLDM.

Dalam pada itu, Sambutan Ulang Tahun TLDM yang ke-90 turut dibatalkan sebaliknya ia digantikan dengan majlis tahlil dan doa selamat bagi menghormati kesemua mangsa korban.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini