comscore
Tumpuan :
Nasional

Helikopter terhempas: Dua lori TLDM bawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik

Oleh: Hilmi Abdul Malik

IPOH: Dua buah lori dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut yang memuatkan 10 keranda tiba di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainon sekitar jam 8.45 pagi.

Kesemua keranda berkenaan dipercayai akan membawa kesemua 10 jenazah sebaik sahaja proses bedah siasat selesai yang dijangka pada jam 2 petang.

Tumpuan seterusnya akan terarah kepada pergerakan membawa jenazah ke 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Ipoh bagi bagi istiadat rasmi.

Kesemua lapan jenazah akan terlebih dahulu disolatkan sebelum dibawa pulang ke pangkuan keluarga waris untuk upacara pengebumian.

Manakala dua lagi mayat mangsa masing-masing akan dibawa ke Kuching dan Setiawan.

Setakat ini, difahamkan tiga mayat nahas dua buah helikopter berkenaan telah selesai proses bedah siasat dan bakinya akan diteruskan hari ini.

Nahas yang mengorbankan10 mangsa itu membabitkan dua helikopter Operasi Maritim (HOM) jenis AW139 dan Fennec M502-6.

Ketika kejadian, pesawat HOM membawa empat kru dengan tiga penumpang, manakala Fennec membawa tiga kru.

Kedua-dua helikopter yang bertembung di udara dan terhempas di itu dilaporkan sedang menjalani latihan raptai bersempena lintas hormat sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini