comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] 47 masjid, 7 gereja musnah dalam serangan rejim Zionis

GAZA: 47 masjid dan 7 gereja antara sasaran tentera rejim Zionis masuk minggu ketiga ketegangan di Gaza.

Turut jadi sasaran lebih 200 sekolah dan 80 pejabat kerajaan selain kemusnahan 32,000 bangunan.

Sasaran terbaharu termasuk di Gaza City yang meragut 20 nyawa.

 

Israel turut bertindak biadap menyerang lokasi di sekitar beberapa hopsital termasuk Hospital Turkiye-Palestin dan Hospital Baitulmaqdis.

Ketua Hospital Turkiye-Palestin mengesahkan struktur bangunan hospital rosak teruk akibat bedilan tentera rejim itu.

Pada masa sama, tentera rejim melancarkan serbuan besar-besaran di Tebing Barat termasuk di Nablus dan Qalqiya yang menyaksikan penahanan penduduk Palestin.

Di Jenin pula, empat dilaporkan terbunuh manakala beberapa yang lain cedera serta puluhan lagi ditahan tentera rejim.

Pertempuran antara Pejuang Palestin dan tentera rejim juga dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di sebelah timur. – REUTERS

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini