comscore
Tumpuan :
Jenayah

Polis Johor buka satu kertas siasatan berhubung kes ancaman bom di 6 buah sekolah

JOHOR BAHRU: Polis Johor membuka satu kertas siasatan berhubung ancaman bom melalui email, di 6 buah sekolah di negeri itu, pada 21 November lalu.

Kertas siasatan itu dibuka dibawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata,  hingga kini 6 buah sekolah telah tampil membuat laporan selepas menerima ancaman melalui email berkenaan pada hari yang sama iaitu pada 21 November lalu.

Katanya, sekolah terakhir yang menerima ancaman berkenaan kira-kira jam 6.30 petang pada hari yang sama terletak dalam daerah Iskandar Puteri.

Ia sekaligus menjadikan dua buah sekolah di daerah itu menerima ancaman email terbabit.

Pada hari yang sama sebelum ini 5 buah sekolah swasta  masing-masing satu di Kulai, Muar, Masai, dan Permas Jaya telah tampil membuat laporan selepas menerima ancaman terbabit.

“Siasatan masih dijalankan dan saya berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan” katanya yang ditemui selepas meraikan pesara dan bakal pesara polis di Ibu Pejabat Polis Kontijen Johor.

Seramai 120 orang termasuk 10 pegawai kanan polis, 108 pegawai rendah polis dan dua pegawai awam yang bersara dan bakal bersara turut menerima sijil penghargaan daripada Datuk Kamarul Zaman.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini