comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Teman lelaki Bella didakwa hari ini


BATU PAHAT: Suspek utama pembunuhan ibu tunggal Mila Sharmila Samsusah atau Bella tiba di Mahkamah Batu Pahat.

Suspek berusia 24 tahun itu yang kini berada dalam tahanan polis dijangka menghadapi pertuduhan membunuh wanita itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

FOTO: NSTP

Suspek dibawa ke mahkamah sekitar jam 8.20 pagi sambil dikawal ketat pasukan polis.

Sebelum ini, lelaki itu adalah individu yang membawa polis ke lokasi sebelum rangka Bella ditemui dalam rumah terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah Jumaat lalu.

| ARTIKEL BERKAITAN

Rangka itu kemudian dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) dan disahkan ia milik Bella.

Selain teman lelaki, dua lagi individu dipercayai bapa saudara teman lelaki dan rakannya turut ditahan bagi membantu siasatan.

Ahli keluarga Bella turut hadir bagi mendengar pertuduhan berkenaan.

FOTO: NSTP
Loading...
Terkini