comscore
Tumpuan :
Nasional

10 Menteri dan Timbalan selesai angkat sumpah jawatan

Oleh: Juliana Sharin

KUALA LUMPUR: Kesemua 10 Menteri dan Timbalan Menteri baharu kabinet Kerajaan Perpaduan selesai mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Turut berangkat pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Istiadat yang berlangsung jam 3 petang itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Kesemua mereka melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Ia susulan pengumuman rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan oleh Datuk Seri Anwar pagi tadi.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini