comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] COVID-19: KKM tidak akan ulangi PKP, lima strategi diperkenal – Dr Dzulkefly

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan (KKM) tidak akan melaksanakan semula sekatan pergerakan susulan peningkatan kes Covid-19 ketika ini.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, lima strategi akan dilaksanakan di bawah Pelan Pengurusan Covid-19 dalam menghadapi lonjakan kes pada masa akan datang.

 

“Malaysia kini sedang menghadapi penularan kes covid-19 yang mendadak. KKM berharap agar situasi ini dapat dilalui tanpa perlu diulangi sekatan seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlaku awal pandemik yang lalu.

 

“Bagi menghadapi lonjakan kes seperti ini, KKM akan memperkukuhkan Pelan Pengurusan Covid melalui lima strategi,” jelasnya.

Foto hiasan

Lima strategi itu termasuk pengesanan awal kes Covid-19 dan varian SARS-CoV 2, pemerkasaan komuniti melalui amalan TRIID iaitu Test (Uji)), Report (Lapor), Isolate (Asing), dan Seek (Dapatkan).

Selain pemantauan fasiliti kesihatan, pengurusan dan kawalan kes Covid-19 terutama  untuk melindungi golongan berisiko tinggi, pemerkasaan komuniti melalui komunikasi risiko yang berkesan dan pendigitalan sistem kesihatan dalam pengurusan pandemik melalui aplikasi MySejahtera.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Putrajaya, hari ini.

Sehingga 16 Disember lalu, Malaysia mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 sebanyak 62.2 peratus atau sebanyak 20,677 kes tempatan  di seluruh negara.

Ia melibatkan seramai 20,068 pesakit warganegara iaitu 97.1 peratus manakala bukan warganegara 20.9 peratus atau sebanyak 609 kes.

Jelas Dr Dzulkefly, daripada jumlah kes itu sebanyak 97 peratus adalah kategori 1 dan 2.

Manakala 19 kes import, 151 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 96 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

28 kes kematian pula dicatatkan setakat ini dan 18 kluster dikesan di seluruh negara.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini