comscore
Tumpuan :
Nasional

Belanjawan 2024: Rasional subsidi diesel secara berfasa

Foto hiasan

KUALA LUMPUR : Kerajaan berhasrat untuk merasionalkan subsidi diesel secara berfasa, bagi mengelakkan ketirisan dan penyeludupan, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menegaskan wujud kemungkinan aktiviti penyeludupan yang serius akibat harga diesel yang terlalu murah.

“Menurut data penggunaan, jualan diesel bersubsidi meningkat sehingga 40% sejak 2019 sedangkan jumlah kenderaan menggunakan diesel hanya meningkat kurang 3%,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024.

Anwar berkata harga diesel bersubsidi semasa ditetapkan pada RM2.15 berbanding harga pasaran RM3.75 seliter.

“Ini bermakna, kerajaan menanggung RM1.60 bagi setiap liter diesel atau sekitar RM1.5 bilion keseluruhannya.

Menjelaskan konsep merasionalkan subsidi diesel itu, Anwar berkata harga diesel bersubsidi akan terus dinikmati oleh pengguna terpilih, seperti syarikat pengangkutan barangan, sementara pengguna lain akan dikenakan harga yang lebih tinggi.

Beliau berharap pendekatan ini akan dapat mengurangkan ketirisan subsidi dan pada masa sama mengurangkan impak kepada harga barangan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini