comscore
Tumpuan :
Nasional

Lesen Emraz Travel & Tours dibatal

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Lesen syarikat pengendali umrah, Emraz Travel & Tours Sdn Bhd dibatalkan berkuat kuasa Isnin ini (11 Mac).

Perkara itu diputuskan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Dalam kenyataan hari ini, MOTAC memaklumkan, pembatalan lesen syarikat berkenaan adalah selaras dengan perenggan 8(1)(b) dan (d) Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482].

“(Pembatalan lesen) kerana syarikat didapati telah melanggar syarat lesen dan peruntukan Akta 482 serta menjalankan perniagaan mengikut cara yang memudaratkan kepentingan orang awam, industri pelancongan atau ekonomi negara,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, media melaporkan, syarikat terbabit bersama dua pengarahnya yang merupakan pasangan suami isteri iaitu Datuk Zulkarnain Endut, 43, dan Datin Mazuin Mustafa, 43, didakwa di beberapa Mahkamah Majistret termasuk di Seremban, Negeri Sembilan; Kota Bharu, Kelantan serta Putrajaya.

Mereka dituduh atas lebih 150 pertuduhan kerana gagal untuk mematuhi award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) membayar balik tuntutan wang berjumlah lebih RM1 juta kepada lebih 40 mangsa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini