comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] MALAYSIA–UAE gambaran persahabatan tulen- PM

 

Oleh: Juliana Sharin

ABU DHABI: Biarpun singkat namun pertemuan empat mata selama sejam bersama Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohamed Bin Zayed Al Nahyan di Istana Qasr Al-Shati, Abu Dhabi semalam dianggap luar biasa dan persahabatan tulen bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata selain menekankan soal ekonomi khususnya pelaburan dan perniagaan, lawatan kerja dua hari itu mengukuhkan hubungan diplomatik kedua-dua negara yang sedia terjalin lebih empat dekad.

“Soal kerjasama dikalangan negara Islam, kerjasama dalam bidang diplomatik, perbincangan maslah antarabangsa, beliau minta pandangan saya berkaitan benua Asia, saya juga minta pandangan beliau mengenai perkembangan serantau” katanya dalam sidang media bersama media Malaysia di sini.

Tambah beliau sinergi yang terjalin akan membantu meningkatkan nama Malaysia di peta dunia dari sudut pelaburan dan ekonomi.

“Nampaknya ketersediaannya menjadikan UAE dan Malaysia sebagai negara sahabat untuk kita melabur katalah ada cadangan sekarang Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen di Turkiye yang memang merupakan projek milik Malaysia, atau projek yang dia perolehi di Afrika, dia minta kita susun dan kerjasama”, jelasnya.

Sementara itu, Datuk Seri Anwar turut menjemput Presiden UAE mengadakan Lawatan Negara ke Malaysia.

Laporan lanjut menyusul..

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini