comscore
Tumpuan :
Nasional

Operasi tahan PATI perlu bersepadu dan berterusan

FOTO: NSTP

PETALING JAYA: Antara isu yang tidak boleh dipandang ringan adalah kebanjiran warga asing di negara ini yang dilihat semakin galak menguasai sesuatu kawasan sama ada di ibu negara atau bandar lain di beberapa negeri.

Sebagai contoh, selepas 10 hari Jalan Silang di ibu negara digempur pihak berkuasa, warga asing kembali memenuhi lokasi berkenaan dan kembali menjadi ‘Mini Dhaka’ sekali gus menimbulkan persoalan terhadap peranan pihak berkuasa melaksanakan tindakan penguatkuasaan.

Walaupun imigresen mengesahkan kebanyakan warga asing memiliki dokumen pengenalan diri lengkap seperti Pas Lawatan Sosial (PLS), Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan dokumen Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0, kebanjiran luar biasa warga asing di sesuatu lokasi seperti di Jalan Silang tetap menimbulkan persoalan sehingga menimbulkan kegelisahan kepada warga tempatan.

Antara persoalannya adalah jumlah mereka terlalu ramai sehingga mampu mewujudkan koloni di sesuatu lokasi sekitar Kuala Lumpur serta Lembah Klang termasuk Selangor dan Negeri Sembilan?

Bagaimana warga asing ini boleh bergiat aktif dalam perniagaan seperti berniaga di pasar, membuka kedai runcit, mempunyai rangkaian menawarkan perkhidmatan seperti bina atau ubah suai kediaman, pembersihan premis atau menghantar barang?

Atas faktor ini, masyarakat sentiasa menaruh kepercayaan kepada pihak berkuasa khasnya Jabatan Imigresen dan pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menguruskan isu warga asing ini dengan cekap dan integriti.

Semua jabatan, agensi kerajaan serta PBT perlu berganding bahu menangani isu kebanjiran warga asing ini, termasuk meningkatkan kekerapan melakukan operasi menahan PATI dan bukan menggempur mereka secara bermusim sahaja.

Kemasukan warga asing ini seharusnya diperketatkan di pintu masuk negara seperti dilaksanakan Australia dan New Zealand bagi mengelak wujud kesan negatif kepada warga tempatan dan rangkaian ekonomi domestik.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini