comscore
Tumpuan :
Nasional

Pendaki OKU negara, hilang selepas takluk Everest – lapor The Himalayan Times

KUALA LUMPUR: Pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim, 33, yang berjaya menawan puncak Everest (8,848 meter dari paras laut) pada Khamis, dilaporkan hilang semalam.

Laporan kehilangan Hawari disiarkan media online tempatan Nepal, The Himalayan Times (THT) hari ini.

Pengarah Pioneer Adventure Pvt Ltd, Nivesh Karki berkata, Hawari dilaporkan hilang pagi semalam (Jumaat) selepas turun dan berehat di kem empat selepas berjaya menawan puncak Everest.

Katanya, usaha pencarian sedang giat dijalankan termasuk menyampaikan mesej ke semua kem sama ada Hawari ada berteduh di khemah lain.

Menurut sumber, Hawari dilaporkan keluar dari kem empat secara bersendirian pada awal pagi tanpa pengetahuan malim gunung dan rakan pendaki ME2023, Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, yang dilaporkan berdepan masalah kesihatan selepas tidak dapat meneruskan misi menawan Everest ketika berada di paras 8,000 meter dari aras laut.

Awang Askandar meninggal dunia di kem empat pada jam 10.30 pagi waktu Nepal (12.45 waktu Malaysia) semalam.

Hawari berasal dari Pulau Pinang dan kini bertugas di Muzium Pulau Pinang.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini