TAPAH: Seramai 39 pendatang asing tanpa izin yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor di sini pada Khamis lepas, ditahan setakat jam 8 malam ini.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata operasi petang ini, menemukan 13 tahanan yang bersembunyi di sebuah ladang di penempatan Orang Asli Kampung Senta di sini.
Beliau berkata semua tahanan itu akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah.
Terdahulu, pada sidang media pagi tadi Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata 10 tahanan warga asing telah ditahan.
Beliau berkata mereka ditahan selepas masing-masing mula keluar disebabkan ada keperluan untuk mendapatkan bekalan makanan dan minuman daripada penduduk kampung termasuk di masjid.
Pada Khamis, seramai 131 tahanan terdiri dari etnik Rohingya, warga Myanmar dan Bangladesh melarikan dari Depot Imigresen Sementara Bidor dalam kejadian pada 9.50 malam.
Semua tahanan itu merusuh dengan merosakkan pagar depot sebelum melarikan diri.
Bagaimanapun, seorang daripada mereka maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 335 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan. — BERNAMA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Tiga lagi tahanan berjaya ditangkap
- Buru tahanan asing lolos menaiki motosikal
- JIM gempur Pasar Borong Selangor sekali lagi
- Baki 100 tahanan wanita telah dipindahkan dari Depoh Imigresen Bidor – Ruslin
- Syor tambah baik pusat tahanan akan dibawa ke KDN
- Tidak timbul isu RELA kawal pusat tahanan – Ketua Pengarah Imigresen
- Operasi kesan tahanan lolos di Bidor diteruskan malam ini
- [VIDEO] PATI Lolos: Depoh Tahanan Sementara Imigresen Bidor ditutup buat sementara
- PATI Lolos: 4 ditahan, 126 lagi masih diburu
- Polis sahkan 131 tahanan lolos dari Depoh Imigresen Bidor
- Kronologi PATI lari dari depoh imigresen
- Sukar beza tahanan lolos kerana warga asing ramai di sini – Penduduk