comscore
Tumpuan :
Nasional

TH jangka kos tunai haji naik 11 peratus tahun depan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) menganggarkan kenaikan kos menunaikan ibadah haji hingga 11 peratus bagi musim 1445H/2024M.

Pengerusinya, Tan Sri Azman Mokhtar, berkata faktor penting di luar kawalan TH mempengaruhi peningkatan ketara kos berkenaan seperti kos penginapan, pengangkutan, penerbangan, makan minum dan lain-lain caj perkhidmatan.

Ia katanya kesan situasi ekonomi semasa pasca pandemik COVID-19.

“Kita (sebelum ini) menjangkakan memang berlaku kenaikan setiap tahun bagi kos haji, iaitu sekitar lima hingga enam peratus setiap tahun untuk jangka panjang.

“Namun disebabkan pandemik COVID-19, kita menjangka kenaikan yang lebih, termasuk peningkatan kadar inflasi, situasi mata wang semasa, malah Arab Saudi menaikkan Cukai Nilai Tambah (VAT) sekitar lima hingga enam peratus.

“Selain itu, Kerajaan Arab Saudi turut melakukan perubahan pada sistem mereka, termasuk bagi permohonan visa… ini semua mempengaruhi kenaikan kos,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji dan Penghargaan Sahabat Korporat TH Bagi Musim Haji 1444H/2023M, di Dewan Besar TH, hari ini.

Majlis itu disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Sementara itu, Mohd. Na’im dalam ucapannya berkata, TH meneruskan Bantuan Kewangan Haji secara bersasar bagi mengurangkan beban jemaah haji golongan B40 dan M40.

Namun beliau mengalu-alukan sekiranya bakal-bakal haji akan datang memenuhi konsep ‘istito’ah’ atau berkemampuan.

“Bantuan Kewangan Haji yang diberikan oleh THmusim haji lalu sahaja mencecah RM265 juta.

“Melihat kepada jumlah perbelanjaan besar yang perlu ditanggung oleh Tabung Haji, ‘istito’ah’ amat dialu-alukan atas kesedaran untuk membuat bayaran penuh kos haji bagi membolehkan TH menumpukan bantuan kewangan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini