comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] PM tiba di San Francisco untuk sidang kemuncak APEC

SAN FRANCISCO: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di San Francisco, Amerika Syarikat untuk menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik APEC ke-30 yang bermula esok.

Beliau yang menghadiri mesyuarat APEC pertamanya sebagai Ketua Kerajaan, tiba di lapangan terbang antarabangsa San Francisco, California, kira-kira jam 9.30  malam.

Perdana Menteri diiringi isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Ketibaan Datuk Seri Anwar disambut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz.

Hadir sama, Duta Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Konsul General Malaysia di Los Angeles, Anil Fahriza Adenan.

Esok, Datuk Seri Anwar akan menyampaikan syarahan umum kepada pelajar dan sarjana di University of California, Berkeley dengan memfokuskan isu “Persaingan Kuasa Besar dan Peningkatan Ketegangan di Asia-Pasifik – Pandangan dari Asia Tenggara.”

Pada sebelah malam, Perdana Menteri akan menghadiri majlis jamuan malam bersama kira-kira 16 Ketua Pegawai Eksekutif syarikat multinasional.

Bertemakan, “Membina Masa Depan yang Berdaya Tahan dan Mampan untuk Semua” APEC 2023 dijangka menerima pakai Deklarasi Golden Gate 2023 Pemimpin APEC dan memajukan usaha ke arah merealisasikan Visi Putrajaya 2040 APEC.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini