comscore
Tumpuan :
Sukan

Hangzhou 2022: Azeem ketiga terpantas Asia

Azeem (kanan) di pentas podium bersama-sama pemenang pingat emas, Zhenye Xie (tengah) dan Puripol Boonson (perak). – FOTO: Reuters

Oleh: Hazreen Mubarak

KUALA LUMPUR: Jaguh pecut negara Muhammad Azeem Fahmi merangkul pingat gangsa dalam acara 100 meter (m) lelaki akhir di temasya Sukan Asia Hangzhou 2022, sebentar tadi.

Anak kelahiran Perak ini membuat catatan masa rasmi 10.11 saat (s) untuk muncul ketiga terpantas di garisan penamat.

Azeem (kiri) menamatkan larian di tempat ketiga pada aksi final 100m Sukan Asia Hangzhou, sebentar tadi. – FOTO: REUTERS

 

Pingat emas diungguli wakil China Xie Zhenye dengan masa 9.97s sementara perak dimenangi Puripol Booson dari Thailand yang merakam 10.02 saat.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini